~~siapa sangka siapa menduga~~by l!za han!m

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan


Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku


Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi


Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa


Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu


Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata


p/s : dedicated t0 ::n0rmala bte abd wahab::

No comments:

Post a Comment